Gempa bumi 6.8 magnitud landa Argentina

Agensi
Januari 19, 2021 16:18 MYT
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, manakala tiada amaran Tsunami dikeluarkan, menurut Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat (AS). - Gambar: earthquake.usgs.gov
GEMPA bumi berskala 6.8 magnitud serta beberapa gempa susulan melanda barat dan tengah Argentina, pada Isnin.
Susulan itu, Gebenor San Juan Sergio Unac menasihatkan orang ramai supaya terus bertenang, sambil berjanji untuk bersedia menyampaikan bantuan jika diperlukan.
“Ketika ini, saya menyeru agar keluarga yang terjejas agar kekal tenang susulan gempa yang melanda San Juan.
“Mari kita amalkan langkah-langkah yang sudah dilatih dalam mengatasi bencana,” kata Unac dalam ciapan di laman Twitter rasminya, pada Selasa.

En este momento quiero transmitir calma a las familias, tras el sismo que hemos vivido en #SanJuan. Pongamos en práctica todas las medidas que hemos aprendido para prevenir incidentes, mientras estamos abocados a conocer el impacto del mismo para colaborar en todo lo necesario.

— Sergio Uñac (@sergiounac) January 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan pusat gempa dikenal pasti pada kedudukan 40km di selatan San Juan, penduduk dapat merasai gempa utama yang diikuti beberapa gegaran susulan. Semua itu telah menyebabkan banyak struktur bangunan mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, manakala tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat (AS).
Gempa yang berpangkalan 40 km selatan wilayah San Juan adalah sedalam 10km sementara gempa susulan pula berskala 3.5 hingga 5 magnitud, lapor Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
#Argentina #gempa bumi #san juan #Sergio Unac #bencana alam
;