Gempa bumi 6.7 magnitud landa wilayah Fiji

Bernama
November 12, 2022 18:21 MYT
Pusat gempa pada kedalaman 587.0 km, pada mulanya dikesan pada 20.2 darjah lintang selatan dan 178.2 darjah bujur barat.
HONG KONG: Gempa bumi dengan magnitud 6.7 menggegarkan wilayah Fiji pada 07:09:14 GMT Sabtu, menurut Tinjauan Geologi AS.
Menurut Xinhua, pusat gempa pada kedalaman 587.0 km, pada mulanya dikesan pada 20.2 darjah lintang selatan dan 178.2 darjah bujur barat.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi itu, menurut media tempatan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Fiji #magnitud #Geologi AS
;