Gempa bumi 6.7 magnitud gegarkan utara Jepun

Agensi
Januari 14, 2016 12:04 MYT
Pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 50 kilometer di bawah permukaan laut. - Gambar hiasan
Sebuah kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.7 magnitud melanda perairan Hokkaido di utara Jepun hari ini, namun sehingga kini tiada amaran tentang tsunami dikeluarkan.
Gegaran kuat yang mula dirasakan pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan itu mengejutkan penduduk di bandar Urakawa di penghujung unjuran selatan Hokkaido, kata Agensi Meteorologi Jepun.
Agensi itu turut memberitahu, pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 50 kilometer di bawah permukaan laut.
Sehingga kini pihak berkuasa belum menerima laporan tentang kecederaan atau kemusnahan.
Perkhidmatan kereta api laju yang baru saja dilancarkan di Hokkaido juga dihentikan sementara akibat gegaran itu namun sudah kembali beroperasi.
#gempa bumi #Hokkaido #Jepun
;