Gempa bumi 6.4 skala Ritcher landa Pulau Lombok, Indonesia

Astro Awani
Julai 28, 2018 07:50 MYT
Jelas kenyataan itu, tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.
Satu gempa bumi kuat melanda Pulau Lombok, Indonesia iaitu tidak jauh daripada lokasi tumpuan pelancong republik itu, Bali pagi ini.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher itu berpusat di 1.4 kilomter barat daya Lelongken, Indonesia.
Gempa bumi pada kedalaman tujuh kilometer itu berlaku pada pukul 6.47 pagi ini.
Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kuning.
Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku kira-kira 56 km Timur dari Mataram, Indonesia.
Jelas MetMalaysia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.
#ancaman #gempa bumi #Indonesia #Jabatan Meteorologi #Mataram #MetMalaysia #Pulau Lombok #Rantau Sumbawa #tsunami
;