Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Utara Sumatra
Astro Awani
April 3, 2023 23:24 MYT
April 3, 2023 23:24 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan bahagian barat daya Utara Sumatra, Indonesia malam Isnin.
Berdasarkan laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa terletak kira-kira 82 kilometer Barat Daya Padang Sidempuan-Sumut di bahagian itu.
Gempa bumi dengan kedalaman 102 kilometer itu berlaku pada pukul 10:59 malam (9:59 malam waktu tempatan)
Berdasarkan BMKG, gempa kuat itu tidak berpotensi berlakunya Tsunami dan tiada amaran dikeluarkan.
Bagaiamanpun, BMKG menasihati orang awam di kawasan itu supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kemungkinan gempa bumi susulan.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan turut memaklumkan, gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10:59 malam, 3 April dengan pusat gempa bumi tersebut terletak 0.9° Utara dan 98.8° Timur dengan kedalaman 86 km. 84km Barat Daya dari Padang Sidempuan,Indonesia.
Bagaimanapun jelas Met Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia namun gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.