Gempa bumi 6.3 magnitud gegar utara India

Agensi
Februari 12, 2021 04:27 MYT
Gegaran dirasakan di beberapa bahagian di utara India termasuk Jammu dan Kashmir, Punjab dan ibu negara New Delhi pada Jumaat.
NEW DELHI: Beberapa wilayah di India dilapor mengalami gegaran kuat lewat malam tadi.
Pusat Nasional Seismologi (NCS) memaklumkan gempa berkekuatan 6.3 pada skala Richter berlaku kira-kira pukul 10.40 malam.
Gegaran dirasai di beberapa bahagian di utara India termasuk Jammu dan Kashmir, Punjab dan ibu negara New Delhi pada Jumaat.
Dalam kenyataannya, Pusat Nasional Seismologi (NCS) memaklumkan pusat gempa dikesan di Tajikistan.
Belum ada laporan mengenai kemusnahan atau korban jiwa walaupun orang ramai dilaporkan bergegas keluar dari kediaman masing-masing kerana gegaran tersebut turut disusuli gempa susulan yang kuat.
Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh, memuat naik ciapan memaklumkan tiada laporan mengenai kerosakan di Amritsar atau wilayah Punjab lain.
"Pegawai atasan @PunjabPoliceInd dan pihak kerajaan tempatan sedang memantau keadaan. Sama-sama berdoa untuk keselamatan kita semua, "tulisnya.

No reports of any damage so far in Amritsar or other parts of Punjab following the #earthquake. Top officials of @PunjabPoliceInd & local administration are keeping a close watch on the situation. Praying for everyones safety. https://t.co/DKNNvFMPwE

— Capt.Amarinder Singh (@capt_amarinder) February 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, satu gempa kecil pada skala Richter 3.5 dicatatkan di Jammu dan Kashmir pada 8 Februari.
Satu lagi gempa dengan skala 2.8 melanda Delhi pada 28 Januari awal tahun ini.
Menurut laporan, gegaran juga dirasakan di ibu negara Pakistan, Islamabad dan bandar-bandar besar Khyber-Pakhtunkhwa, wilayah Punjab dan Kashmir.
#gempa bumi #India #Tajikistan #Pusat Nasional Seismologi #gegaran kuat #magnitud #Amarinder Singh
;