Gempa bumi 6.3 landa Batangas, Filipina
Harits Asyraf Hasnan
Disember 25, 2020 09:38 MYT
Disember 25, 2020 09:38 MYT
KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi berukuran 6.3 magnitud dilaporkan berlaku pagi ini di daerah Batangas, Filipina.
Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina dalam satu laporan menyatakan gempa tersebut berlaku pukul 7.43 pagi, 10 kilometer barat laut bandar Calatagan.
Kedalaman gempa tersebut direkodkan sekitar 114 kilometer.
Tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan buat masa ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan awal menyatakan pusat gempa tersebut terletak lebih 869 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.