Gempa bumi 6.2 magnitud landa Okinawa
Astro Awani
Mei 1, 2023 12:11 MYT
Mei 1, 2023 12:11 MYT
TOKYO: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud awal 6.2 melanda Pulau Okinawa di Jepun, pada Isnin.
Gempa yang melanda pada jam 12.22 tengah hari waktu tempatan itu dikesan berpusat pada 84 kilometer di timur Naha, atau 68 kilometer di tenggara Okinawa.
Gegaran ringan dilapor dirasai di seluruh pulau itu, kata ahli seismologi.
Tiada ancaman tsunami dikesan setakat ini.