Gempa bumi 6.1 skala Richter goncang Papua Barat

Bernama
Disember 28, 2018 05:31 MYT
Tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa itu. - Foto Astro AWANI
Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter menggoncang wilayah Papua Barat di Indonesia.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa itu terjadi jam 10.03 pagi waktu Indonesia Barat, berpusat di 55km di tenggara Manokwarisel, Papua Barat.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa itu.
Impak atau kesan kemusnahan akibat gempa itu masih belum diketahui.
#BMKG #gempa bumi #Manokwarisel #Papua Barat #tsunami