Gempa bumi 6.0 magnitud landa utara Algeria
Astro Awani
Mac 18, 2021 10:00 MYT
Mac 18, 2021 10:00 MYT
Satu gempa bumi kuat 6.0 magnitud melanda perairan utara Algeria sebentar tadi. -Google Earth
MOSCOW: Satu gempa bumi kuat 6.0 magnitud melanda perairan utara Algeria sebentar tadi.
Pusat Seismological Eropah-Mediterranean dalam satu kenyataan berkata gegaran dikesan pada 00:04 GMT 24 kilometer di timur laut bandar Bejaia.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer.
Tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa dikeluarkan setakat ini, juga tiada amaran tsunami dikeluarkan.
#gempa bumi
#Algeria
#magnitud
#Pusat Seismological Eropah-Mediterranean
#gegaran
#kedalaman 10 kilometer