Gempa bumi 6.0 magnitud landa Sulawesi
Astro Awani
Januari 18, 2023 09:30 MYT
Januari 18, 2023 09:30 MYT
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6 magnitud melanda Sulawesi di Indonesia pada Rabu.
Menurut Pusat Siesmologi Mediterranean Eropah (EMSC), gempa dikesan pada kedalaman 145km.
Pada Isnin, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda pantai pulau Sumatera di Indonesia.
Pusat gempa terletak 48km di tenggara bandar Singkil di wilayah Aceh, pada kedalaman 37km.
Tiada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.