Gempa bumi 6.0 magnitud landa Indonesia
Bernama
Februari 11, 2023 19:54 MYT
Februari 11, 2023 19:54 MYT
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda wilayah Sulawesi Utara di Indonesia pada Sabtu, namun tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
Gempa berlaku pada 3.55 petang waktu tempatan (0855 GMT) berpusat di Melonguane, Pulau Talaud, lapor Xinhua memetik agensi itu.
Gegaran itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
-- BERNAMA