Gempa bumi 6.0 magnitud gegar perairan Tobelo, Indonesia
Astro Awani
Julai 10, 2021 09:47 MYT
Julai 10, 2021 09:47 MYT
Gempa bumi kuat melanda perairan berhampiran Tobelo, Indonesia, sebentar tadi.
Gegaran berkekuatan 6.0 magnitud dikesan pada jam 8.43 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa itu dicatatkan pada kedalaman 60 km.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.