Gempa bumi 5.9 skala Richter landa Minahassa, Sulawesi

Astro Awani
September 9, 2023 23:44 MYT
Agensi geofizik Indonesia berkata gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami. - Astro AWANI.
GEMPA bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda semenanjung Minahassa di Sulawesi Indonesia pada Sabtu.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman berkata, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 km (6.21 batu) di bawah permukaan bumi.
Media tempatan pula melaporkan, gempa tersebut berkekuatan 6.3 magnitud, dengan kesan gegaran turut dirasai di Palu, Donggala, Poso, Sigi, Pohuwatu, Kabupaten Gorontalo, Kutai Timur dan Toli-toli.
Tiada laporan segera mengenai mangsa atau kerosakan akibat gempa tersebut.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami, namun memberi amaran kepada penduduk di kawasan terjejas supaya berwaspada pada gempa susulan.
Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda kawasan yang sama pada 2018 mencetuskan tsunami yang menyebabkan kerosakan dan kematian yang tinggi.
#gempa bumi #Sulawesi #Semenanjung Minahassa #gempa bumi Indonesia
;