Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Agensi
Mac 7, 2021 12:48 MYT
Mac 7, 2021 12:48 MYT
JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala pada skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad.
Menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik, gempa itu melanda pada jam 1.22 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di Laut Banda, 204 kilometer di barat laut daerah Maluku Tenggara.
Bagaimanapun, gegaran itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, lapor The Straits Times Asia.
Dalam kes berasingan, gempa berskala 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Kepulauan Mariana berhampiran Guam pada 1.03 pagi (waktu tempatan) pada Ahad.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer.
#Indonesia
#Asia
#Amerika Syarikat
#gempa bumi
#tsunami
#landa
#Richter
#skala
#Gegar
#wilayah
#Maluku
#Guam