Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Bernama
Januari 28, 2025 05:10 MYT
Januari 28, 2025 05:10 MYT
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Tengah Indonesia pada malam Selasa tanpa menjana gelombang besar, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu, menurut Xinhua.
Gempa bumi itu berlaku pada 9.53 malam waktu Jakarta (1453 GMT), dengan pusat gempa 42 kilometer tenggara daerah Parigi Moutong pada kedalaman 91 km.
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8. Mereka juga menyatakan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan, kerana gegaran itu tidak dijangka mencetuskan ombak besar.
Indonesia, sebuah negara kepulauan, terletak di zon terdedah yang dilanda gempa bumi yang dipanggil "Lingkaran Api Pasifik", menjadikan negara itu terdedah kepada gempa bumi.
-- BERNAMA