Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Nusa Tenggara

Bernama
Ogos 15, 2023 14:25 MYT
Pusat gempa terletak kira-kira 22 kilometer timur laut Mbay Nagekeo pada kedalaman 164 kilometer. -USGS
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda timur Nusa Tenggara pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.
Gempa berlaku sekitar 10.54 pagi (waktu tempatan), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi itu.
Pusat gempa terletak kira-kira 22 kilometer timur laut Mbay Nagekeo pada kedalaman 164 kilometer.

#Gempa Mag:5.8, 15-Agu-23 10:54:06 WIB, Lok:8.65 LS,121.51 BT (22 km TimurLaut MBAY-NAGEKEO-NTT), Kedlmn:164 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/NSmUc8dNQ5

— BMKG (@infoBMKG) August 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun gegaran dirasai di beberapa kawasan termasuk Waingapu, Sumbawa, Dompu, Kota Bima, dan Ende, tiada laporan mengenai sebarang kerosakan akibat gempa itu setakat ini.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #tsunami
;