Gempa bumi 5.6 skala Richter gegar Irian Jaya
Bernama
Jun 15, 2018 10:53 MYT
Jun 15, 2018 10:53 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada 8.57 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di 2.10 selatan dan 138.8 timur, kira-kira 213km barat dari Jayapura, Indonesia dan 2,374km timur dari Semporna, Sabah.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. -- Bernama