Gempa bumi 5.6 skala Richter di Utara Laut Maluku

Bernama
April 16, 2020 09:00 MYT
Gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 1.0 darjah Utara dan 126.7 darjah Timur di kedalaman 10 kilometer. - Gambar/ Astro AWANI
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, 85 kilometer Barat dari Ternate, Indonesia pukul 5.03 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 1.0 darjah Utara dan 126.7 darjah Timur di kedalaman 10 kilometer.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #Maluku #skala Richter
;