Gempa bumi 5.1 magnitud landa wilayah Kahramanmaras, Turkiye

Bernama
Februari 19, 2023 11:30 MYT
Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan wilayah selatan Kahramanmaras pada Sabtu. -USGS
ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan wilayah selatan Kahramanmaras pada Sabtu.
Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan gempa bumi berkenaan melanda daerah Goksun pada 10.31 malam waktu tempatan (1931GMT) dengan kedalaman 12.18 kilometer (7.57 batu), lapor Agensi Anadolu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaharu itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #gempa turkiye #Kahramanmaras #magnitud
;