Gempa berukuran 5.3 skala richter gegar Sumatera

Bernama
Ogos 11, 2019 04:45 MYT
Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 9.11 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di km222 Tenggara Enggano-Bengkulu.
Dua gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera, Indonesia pada pagi Aidiladha.
Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 9.11 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di km222 Tenggara Enggano-Bengkulu.
Ia susulan gempa berukuran 5.3 pada skala Richter yang berlaku 4.11 pagi tadi, berpusat di km93 barat daya Pariaman-Sumatera Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), kedua-dua gempa itu tidak berpotensi tsunami.
Gempa itu turut menggegarkan kawasan Padang, Bukit Tinggi, Mentawai dan Pesisir Selatan.
Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
#Aidiladha #gempa bumi #Indonesia #Pulau Sumatera