Gempa bermagnitud 7.5 gegar Laut Flores
Bernama
Disember 14, 2021 13:50 MYT
Disember 14, 2021 13:50 MYT
JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan Laut Flores pada 10.20 pagi (11.20 pagi waktu Malaysia) Selasa.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa adalah di laut pada kedalaman 10 kilometer (km), 95 km di utara bandar Maumere di Nusa Tenggara Timur.
Gegaran dirasai di Maluku, Nusa Timur Tenggara, Nusa Tenggara Barat, Sulawesi Selatan dan Sulawesi Tenggara.
-- BERNAMA