Gempa bermagnitud 6.2 gegar tengah Indonesia
Bernama
Julai 10, 2021 13:23 MYT
Julai 10, 2021 13:23 MYT
JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi Utara, tengah Indonesia pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan.
Gegaran paling kuat dirasai di daerah Kepulauan Sangihe, kata ketua operasi agensi pengurusan bencana daerah,Rivo Pudihang.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik buat masa ini.
Gempa itu melanda 7.43 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa di 112 kilometer (km) barat daya Melonguane, daerah Kepulauan Talaud pada kedalaman 10 km di dasar laut, katanya. - BERNAMA