Gempa bermagnitud 5.9 gegar selatan Filipina
Bernama
April 19, 2022 12:16 MYT
April 19, 2022 12:16 MYT
MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.9 menggegarkan wilayah Davao Oriental di selatan Filipina pada Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Gegaran yang berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 49 kilometer (km), kira-kira 54 km tenggara bandar Manay, lapor Xinhua.
Menurut institut itu beberapa gegaran susulan diramal berlaku dan boleh menyebabkan kerosakan.
-- BERNAMA