Gempa 7.9 magnitud landa Papua New Guinea, amaran tsunami ditarik balik
Agensi
Disember 17, 2016 19:44 MYT
Disember 17, 2016 19:44 MYT
Satu gegaran kuat 7.9 magnitud melanda Papua New Guinea pada Sabtu, lapor pusat kajian gempa US Geological Survey (USGS), menyebabkan satu amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tusnami Pasifik (PTCW) di beberapa kawasan persisiran pantai.
Bagaimanapun amaran ditarik balik oleh PTCW, selepas didapati tiada ancaman atau kecederaan di laporkan.
Sebelum itu bencana tsunami dilaporkan berkemungkinan melanda kawasan pantai di Papua New Guinea, Solomon Islands, Indonesia, Nauru dan beberapa kepulauan lain dalam tempoh tiga jam, maklum PTCW.
Gempa berlaku pada jarak 60 km ke timur Taron, di New Ireland, pada pukul 8.51 malam waktu tempatan (1051GMT) dan pada awalnya dirakamkan pada kekuatan 8.0 magnitud namun diturunkan bacaan kepada 7.9 magnitud dan melanda pada kedalaman 75 km, lapor USGS.
Beberapa gegaran susulan turut dikesan.