Gempa 7.6 magnitud landa Chile

Agensi
Disember 25, 2016 02:07 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda bandar Puerto Montt di Selatan Chile pada Ahad. -Google Maps
Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda bandar Puerto Montt di Selatan Chile pada Ahad.
Kejadian ini disahkan Institut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan sekitar 1,000km dari pusat gempa oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik dan juga pihak tentera laut namun ditarik balik kira-kira 90 minit kemudian.
Tahap kedalaman gempa dicatatkan mencecah 15 kilometer.
Sebelum ini, Chile pernah mencatatkan gempa bumi berukuran 8.8 magnitud pada 2010 yang mencetuskan tsunami yang memusnahkan bandar-bandar berdekatan pantai.
#Chile #gempa bumi #Puerto Montt #selatan chile #USGS
;