Gempa 6.8 magnitud gegar Greenland
Sinar Harian
November 9, 2018 12:46 MYT
November 9, 2018 12:46 MYT
Satu gempa bumi kuat berkekuatan 6.8 magnitud menggegarkan kawasan luar pantai timur Greenland hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa terbabit, pada mulanya direkodkan pada 7.1 magnitud dan berlaku jam 1.49 pagi waktu tempatan.
Pusat gempa terletak di kawasan terpencil sejauh 407 kilometer di timur Ittoqqortoormiit, Greenland.
Gempa itu cukup kuat untuk mencetuskan gelombang di Laut Greenland namun tidak dijangka mencetuskan tsunami di kawasan berpenghuni, kata Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat. - Reuters
#Amerika Syarikat
#gempa bumi
#Ittoqqortoormiit
#magnitud
#Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat
#Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat