Gempa 6.4 magnitud gegar Bali

Astro Awani
Mac 18, 2020 04:41 MYT
Gempa berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kepulauan Bali di Indonesia jam 1.45 pagi (waktu tempatan). -Gambar hiasan
Gempa berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kepulauan Bali di Indonesia jam 1.45 pagi (waktu tempatan), lapor portal US Geological Survey (USGS).
Menurut European-Mediterranean Seismological Centre (EMSC), pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 km.
Biro cuaca dan geofizik Indonesia memaklumkan tiada ancaman tsunami dikesan.
Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.
#6 4 magnitud #Bali #EMSC #gempa bumi #Indonesia #USGS
;