Gempa 6.3 magnitud landa selatan China

Agensi
November 18, 2017 09:32 MYT
Laporan awal USGS memaklumkan gempa 6.7 magnitud melanda pada pukul 6.34 waktu tempata. - Foto USGS
Satu gempa bumi kuat melanda selatan China pagi ini dengan kekuatan 6.3 magnitud, lapor pusat pemantauan gempa Amerika Syarikat, United States Geological Survey (USGS).

Laporan awal USGS memaklumkan gempa 6.7 magnitud melanda pada pukul 6.34 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer di wilayah Tibet.

Masih belum diketahui sejauh mana kemusnahan atau kematian akibat kesan gempa di kawasan yang jauh ke pedalaman dan berhampiran pergunungan di sempadan India itu.

#Amerika Syarikat #China #gempa bumi #Tibet #USGS
;