Gempa 6.2 magnitud gegar Kepulauan Solomon

Astro Awani
Oktober 15, 2021 11:54 MYT
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Kepulauan Solomon pada jam 10.44 pagi tadi. -USGS
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Kepulauan Solomon pada jam 10.44 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada 8.8 darjah selatan dan 158.4 darjah timur dengan kedalaman 27 kilometer (km).
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa.
#gempa bumi #Kepulauan Solomon #6 2 skala Richter #MetMalaysia
;