Gempa 6.1 magnitud landa Iran

Bernama
April 5, 2017 08:30 MYT
Gempa menggegarkan bandar Mashhad di timur laut Iran menyebabkan berlakunya gangguan talian komunikasi.
Gempa bumi 6.1 magnitud menggegarkan bandar Mashhad di timur laut Iran pada Rabu, lapor agensi berita Iran Mehr (MNA).
Gegaran dirasai kira-kira pukul 10.39 pagi pada jarak 10 kilometer di kawasan perkampungan Sefid Sang, bandar Fariman.
Setakat ini, tiada laporan kehilangan nyawa mahupun kerosakan besar, kata timbalan ketua operasi menyelamat Shahin Fathi.
Beliau berkata pasukan penilai telah dihantar ke lokasi kejadian.
Gempa menyebabkan berlakunya gangguan talian komunikasi.
Tiga gempa susulan turut melanda wilayah berkenaan. -- BERNAMA
#gempa bumi #Iran