Gempa 6.1 magnitud gegar Sulawesi Utara
Astro Awani
November 6, 2022 10:40 MYT
November 6, 2022 10:40 MYT
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia pada Ahad.
Gegaran dilapor dirasai di wilayah berdekatan Maluku Utara, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
Gempa mula dirasai pada jam 7.03 pagi waktu Jakarta, dengan pusat gempa terletak 69 km barat daya daerah Kepulauan Sitaro pada kedalaman 255 km di dasar laut, lapor agensi berita Xinhua.
Gegaran gempa itu turut dirasai di wilayah berdekatan Maluku Utara.
Gempa walau bagaimanapun tidak mencetuskan tsunami.