Gempa 5 skala richter landa Bogor, Indonesia
Bernama
Mac 10, 2020 23:50 MYT
Mac 10, 2020 23:50 MYT
Gempa bumi sederhana kuat bermagnitud 5.0 pada skala Richter mengegarkan kawasan Bogor, Jawa Barat, yang terletak kira-kira 83 kilometer dari Kota Jakarta.
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa itu berlaku pada 5.18 petang waktu Indonesia barat, berpusat di 38km barat daya kota Bogor-Jabar, di kedalaman 10km.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan BMKG.
Berdasarkan komen-komen netizen di laman Twitter BMKG, gegaran gempa itu turut dirasakan di kawasan Bogor, Depok (kota berhampiran Jakarta), kawasan kota Sukabumi di Jawa Barat serta beberapa kawasan di Jakarta Pusat.
Setakat ini belum terdapat laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.
-- BERNAMA