Gempa 5.9 magnitud gegar New Zealand
Bernama
Oktober 22, 2021 09:50 MYT
Oktober 22, 2021 09:50 MYT
WELLINGTON: GeoNet New Zealand melaporkan gempa berukuran 5.9 pada skala Richter melanda bandar Taumarunui pada 10.58 pagi Jumaat.
Gempa dicatatkan pada kedalaman 210 kilometer (km) dan gegaran turut dirasai lebih 25,000 penduduk, lapor Xinhua.
-- BERNAMA