Gempa 5.8 magnitud landa pantai Chile

Astro Awani
Julai 4, 2021 10:05 MYT
Pusat gempa terletak 147 km di barat laut bandar La Serena di wilayah Coquimbo. -USGS
SANTIAGO: Satu gempa bumi sederhana melanda pesisir pantai Chile sebentar tadi.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean, ahli seismologi merekodkan gempa pada skala 5.8 magnitud.
Pusat gempa terletak 147 km di barat laut bandar La Serena di wilayah Coquimbo.
Bandar tersebut menempatkan kira-kira 154,000 penduduk.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 20 km.
Tiada maklumat mengenai mangsa, kemusnahan dan ancaman tsunami diterima setakat ini.
#gempa bumi #pesisir pantai Chile #Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean #seismologi #magnitud #La Serena #Coquimbo #tsunami
;