Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan

Astro Awani
Oktober 7, 2023 16:21 MYT
Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda barat laut Afghanistan pada Sabtu. -USGS
KABUL: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda barat laut Afghanistan pada Sabtu.
Gegaran kuat itu turut disusuli gegaran susulan bermagnitud 5.5.
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Badan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, pusat gempa dikesan berada 40 km di barat laut bandar Herat.
Seorang wartawan AFP di bandar itu berkata penduduk dan pekedai melarikan diri dari bangunan apabila gempa melanda sekitar jam 11 pagi (0630 GMT).
Tiada laporan berhubung kematian atau kerosakan struktur dilaporkan setakat ini.
#gempa bumi #Afghanistan #USGS #GFZ
;