Gempa 5.6 magnitud gegar Jepun

Agensi
November 24, 2016 02:16 MYT
Pusat gempa yang terletak kira-kira 210 kilometer timur laut Tokyo. - Gambar fail
Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda timur laut Jepun pada Khamis.
Kejadian ini susulan gempa kuat 6.9 magnitud yang menggegarkan kawasan berdekatan loji janakuasa Tokyo Electric Power di Fukushima pada Selasa.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 210 kilometer di timur laut Tokyo.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilapor dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.
#Fukushima #gempa bumi #Tokyo Electric Power