Gempa 5.1 magnitud gegar Sulawesi

Agensi
November 5, 2018 07:00 MYT
Gempa bumi berkekuatan 5.1 magnitud menggegarkan Pulau Sulawesi, Indonesia awal pagi ini. -Foto usgs.gov.my
Gempa bumi berkekuatan 5.1 magnitud menggegarkan Pulau Sulawesi, Indonesia awal pagi ini.
Gempa dikesan pada kedudukan 11 kilometer di timur Mamasa, Sulawesi Barat jam 2:35 pagi waktu tempatan.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa itu.
Kejadian terbaharu ini menyusul gempa bumi kuat berkekuatan 7.5 di Palu, Sulawesi 28 September lepas.
Gempa di Palu itu membunuh lebih 2,000 orang selain mengakibatkan 220,000 orang hilang tempat tinggal.
Indonesia, yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, memiliki beratus-ratus gunung berapi aktif dan kerap kali terdedah kepada gempa bumi.
#gempa bumi #Indonesia #Lingkaran Api Pasifik #Mamasa #Sulawesi #tsunami
;