Gemini ganti Google Assistant di peranti Android tahun ini

Amanz
Mac 15, 2025 11:30 MYT
Google akan menggantikan Google Assistant dengan Gemini tahun ini. -Amanz
GOOGLE hari ini secara rasminya mengumumkan mereka akan menggantikan sepenuhnya Google Assistant dengan Gemini tahun ini.

Ringkasan AI
  • Google akan menggantikan Google Assistant dengan Gemini tahun ini.
  • Google Assistant tidak lagi akan ditawarkan untuk dimuat turun pada penghujung tahun 2025.
  • Google Assistant akan dikekalkan untuk peranti dengan kurang 2GB RAM atau menjalankan versi Android 9 atau sebelumnya.

Google mengatakan peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.
Seterusnya, Google Assistant tidak lagi akan ditawarkan untuk dimuat turun pada penghujung tahun 2025.
Walau bagaimanapun, Google membuat pengecualian yang mana Google Assistant akan dikekalkan untuk pengguna yang menggunakan peranti dengan kurang 2GB RAM, atau menjalankan versi Android 9 atau sebelumnya.
Google Assistant sebelum ini telah ditawarkan sebagai pembantu maya pada peranti Google.
Walau bagaimanapun, dengan pengenalan Gemini, ia menawarkan pengalaman yang lebih baik, selain penggunaan kecerdasan buatan yang membolehkan ia berkomunikasi dengan memahami konteks.
Google turut mengatakan mereka akan membawa pengalaman Gemini pada pelbagai peranti lain seperti tablet, speaker, televisyen, kereta dan lain-lain.
Sementara itu, Google Assistant akan terus menguasakan peranti-peranti berkenaan. -Amanz
#Google #Google Assistant #Gemini #Android 9
;