'Gembira bertemu kawan saya (Trump) sekali lagi' - PM Najib
Astro Awani
November 13, 2017 20:31 MYT
November 13, 2017 20:31 MYT
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyuarakan kegembiraannya bertemu rakannya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Dalam satu muat naik di laman Twitternya hari ini, Najib menulis: "Mengalu-alukan Presiden Donald Trump hari ini, sebelum mesyuarat di Manila."
Kedua-dua pemimpin itu bertemu sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila.
Dalam ucapan alu-aluan sempena Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS), Trump dilaporkan memuji Najib kerana kejayaan menyelaraskan dialog berkenaan.
Najib berada di Manila bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Wakil-wakil negara ASEAN yang turut hadir termasuk, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
Presiden Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dan Myanmar diwakili Kaunselor Negara, Aung Sun Suu-kyi.
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Dialog ASEAN-Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Malaysia
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#presiden