Gelombang panas melampau landa barat daya AS

Astro Awani
Julai 12, 2023 09:30 MYT
Pekerja Salvation Army di stesen 'pelepasan haba' menyerahkan botol air sejuk kepada seorang lelaki. - Foto AP
PHOENIX: Gelombang panas melanda wilayah gurun di barat daya Amerika Syarikat (AS) iaitu di Arizona, Nevada, New Mexico dan selatan California pada minggu ini dengan catatan suhu melebihi 37 darjah Celsius.
Amaran gelombang haba juga telah dikeluarkan dengan jangkaan tiada hujan.
Suhu yang tinggi membuat sebahagian daerah di Phoenix terasa seperti kota mati.
Aktiviti luar seperti konsert juga dibatalkan dan kebanyakan tempat duduk di restoran dilengkapi dengan penyejuk udara.
Pekerja Salvation Army menyediakan stesen 'pelepasan haba' untuk menyerahkan botol air sejuk kepada sesiapa yang memerlukan.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Phoenix berpotensi mencapai suhu 43 darjah Celsius memasuki hari ke-12 berturut-turut.
Rekod terpanjang yang direkodkan setakat ini adalah 18 hari pada tahun 1974.
#gelombang haba #Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan #cuaca panas #tiada hujan
;