Gegaran gempa di Turki, Greece: Angka korban meningkat kepada 12

Agensi
Oktober 30, 2020 01:04 MYT
Kebanyakan mangsa terkorban dan cedera akibat runtuhan bangunan yang berlaku di wilayah Izmir. - Gambar AP
ISTANBUL: Angka korban kejadian gempa bumi kuat di Laut Aegea yang menggegarkan Turki dan Greece, meningkat kepada 12 orang.
Menurut laporan Reuters, seramai 321 mangsa turut cedera dalam kejadian tersebut.
Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) memaklumkan, terdapat juga individu yang meninggal dunia akibat lemas, berikutan ombak tinggi yang membadai kawasan pesisiran pantai.
Kebanyakan mangsa terkorban dan cedera akibat runtuhan bangunan yang berlaku di wilayah Izmir.
Menurut laporan media antarabangsa, gegaran dirasai sehingga ke Istanbul dan kepulauan Greece.
BACA: Gempa bumi kuat landa Laut Aegea, gegarkan Turki dan Greece
Ombak tinggi turut kelihatan di kedua-dua negara menyebabkan banjir kilat di pesisiran pantai Izmir.
Terdahulu, satu kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegea, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.
Beberapa bangunan di Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter di sekitar wilayah itu.
#Laut Aegea #gempa bumi kuat #Turki #Greece #AFAD #Istanbul
;