Geely berjaya hasilkan bateri EV tahan sehingga 50 tahun, 1 juta km

Amanz
Julai 2, 2024 19:00 MYT
Bateri Aegis Short Blade Battery juga mempunyai kemampuan dicas sehingga 80% dalam masa 17 minit sahaja. - Gambar/ Amanz
GEELY telah mengumumkan kejayaan membina bateri untuk kenderaan elektrik (EV) yang boleh digunakan sehingga 50 tahun atau bersamaan dengan 3,500 kitaran pengecasan dan perjalanan hampir satu juta kilometer (km).
Bateri Aegis Short Blade Battery juga mempunyai kemampuan dicas sehingga 80% dalam masa 17 minit sahaja.
Aegis Short Blade Battery adalah dari jenis litium besi fosfat (LFP). Ketika cuaca sejuk pula, bateri ini hanya akan mengalami kekurangan prestasi sekitar 10% sahaja berbanding bateri sedia ada yang berkurangan sehingga 20%.
EV pertama yang akan dilengkapi bateri Aegis Short Blade Battery ini ialah Galaxy E5.
Sekiranya apa yang dijanjikan Geely ini adalah tepat, ia menyelesaikan isu bateri EV yang hanya bertahan antara 10-15 tahun. Kos menggantikan bateri adalah mahal serta mewujudkan masalah lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta risiko kebakaran jika tidak dilupuskan dengan sempurna. - Amanz
#EV #ketahanan bateri #Geely #bateri terbaik
;