Gear pendaratan gagal berfungsi, pesawat Air Canada terbabas, terbakar
Agensi
Disember 29, 2024 19:16 MYT
Disember 29, 2024 19:16 MYT
NOVA SCOTIA: Sebuah pesawat penerbangan Air Canada AC2259 tergelincir dari landasan dan sebahagian fiuslajnya terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, Kanada, pada Ahad.
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat Air Canada AC2259 tergelincir dari landasan dan terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, Kanada.
- Kejadian berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi.
- Pesawat yang berlepas dari St John's membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Media antarabangsa melaporkan kejadian berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi, menyebabkan pesawat itu terbabas dan terbakar.
Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, lapangan terbang itu ditutup buat sementara waktu.
Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang mengorbankan 179 penumpang.
#Air Canada AC2259
#pesawat tergelincir dari landasan
#gear pendaratan tidak berfungsi
#Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield