Gaza tempat paling 'gelap' dalam sejarah - PBB

Farhan Hakimi
September 20, 2024 08:00 MYT
Tindakan ketenteraan Israel di Gaza telah memberi kesan dahsyat kepada rakyat Palestin dan merupakan antara kekejaman terburuk dalam sejarah. - Gambar fail AP
JAWATANKUASA Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa Israel melakukan pelanggaran dahsyat terhadap perjanjian global yang melindungi hak kanak-kanak.
Memetik laporan media antarabangsa, Naib Pengerusi Jawatankuasa itu, Bragi Gudbrandsson berkata, tindakan ketenteraan Israel di Gaza telah memberi kesan dahsyat kepada rakyat Palestin dan merupakan antara kekejaman terburuk dalam sejarah.
"Kematian kanak-kanak yang tidak wajar ini adalah sesuatu yang luar biasa dalam sejarah. Ini (Gaza) adalah suatu tempat yang paling gelap dalam sejarah,” kata Bragi kepada wartawan pada Khamis.
Tambah Bragi, dunia belum pernah melihat pelanggaran undang-undang sebesar seperti yang berlaku di Gaza dan menegaskan, tindakan rejim Zionis itu sangat serius dan jarang disaksikan.
Dalam perkembangan terbaharu mengenai situasi di Gaza, menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh 15 organisasi bantuan, kira-kira 50,000 kanak-kanak berusia antara enam hingga 59 bulan memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun ini.
Ia susulan tindakan Israel yang menyekat 83 peratus bantuan makanan daripada memasuki Gaza, meningkat daripada 34 peratus pada 2023.
#Perang Palestin-Israel #Gaza tempat paling gelap #Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak #rejim Zionis
;