Gaun bunga berkolar Ivanka Trump dicemuh netizen

Sahlizah Mohamed
Jun 6, 2019 09:46 MYT
Gaun itu tidak boleh diterima oleh banyak pihak lebih-lebih lagi apabila tema majlis sudah ditetapkan iaitu white tie. - Foto Instagram/@IvankaTrump
Ivanka Trump mendapat kecaman hebat daripada netizen apabila dia ‘tergamak’ menyarungkan gaun corak bunga berkolar dalam rangka lawatan rasmi bersama bapanya, Presiden Amerika, Donald Trump ke Istana Buckingham, baru-baru ini.
Wanita berusia 37 tahun itu memang diketahui ramai sangat rapi dalam pemilihan fesyen, lapor AFP.
Bagaimana gaya pakaian yang dikenakan untuk bertemu keluarga diraja Britain amat tidak sesuai sehingga ada netizen menggelarkannya sebagai ‘gaun baju T’.

A spectacular State Banquet hosted by Her Majesty The Queen at Buckingham Palace pic.twitter.com/kP0TVodzdv

— Ivanka Trump (@IvankaTrump) June 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Actually, no. Ivankas dress gives the impression of a 50s housewife or secretary... does not appear to be appropriate for the occasion. Trump should not be toting her along on state visits.

— Caslavska Rocs (@CaslavskaR) June 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga netizen yang mengutuk gaun berkenaan seolah-olah ia merupakan stail setiausaha dan suri rumah pada era 50an.

Actually, no. Ivankas dress gives the impression of a 50s housewife or secretary... does not appear to be appropriate for the occasion. Trump should not be toting her along on state visits.

— Caslavska Rocs (@CaslavskaR) June 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain berkolar, gaun rekaan Carolina Herrera bernilai AS$17,000 (RM70,972) itu turut direka dengan fesyen kembang pada bahagian bawah dan bercerut di kedua-dua belah tangan.
Kesimpulannya, gaun itu tidak boleh diterima oleh banyak pihak lebih-lebih lagi apabila tema majlis sudah ditetapkan iaitu white tie.

Normally I love how you dress Ivanka, but for such a formal white tie event, your dress looks surprisingly way too casual.

— jmckenzie1950 (@jmckenzie1950) June 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Britain #Donald Trump #gaun #Ivanka Trump #keluarga diraja
;