Gara-gara terputus bekalan kuasa, Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson bergelap

Malissa Sahari
Disember 18, 2017 01:38 MYT
Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson tersenarai sebagai salah satu hub penerbangan terbesar dan paling sibuk di dunia. - Foto Reuters
Bekalan kuasa yang terputus secara tiba -tiba di Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson di Atlanta menyebabkan beberapa perkhidmatan penerbangan tergendala.
Jurucakap lapangan terbang berkenaan, Reese McCranie berkata, penumpang-penumpang yang berada di lapangan terbang turut terkandas.
Sementara itu, Jabatan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat menerusi satu tweet milik mereka memberitahu, sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa diarah untuk melakukan penerbangan ke lapangan terbang lain.
Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson tersenarai sebagai salah satu hub penerbangan terbesar dan paling sibuk di dunia.
Untuk rekod, ia menerima kunjungan seramai 104 juta penumpang dalam tempoh setahun.
#Atlanta #elektrik #Hartsfield-Jackson #hub terbesar #lapangan terbang #Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson #penerbangan #penumpang #tergendala