Gara-gara salah panggil, jejaka 28 tahun jatuh cinta dengan nenek 82 tahun

Gempak
Ogos 2, 2017 15:24 MYT
Mereka mula berkenalan selepas nenek tersebut, Martha Potu secara tidak sengaja menghubungi Sofian Loho Dandel menerusi sebuah panggilan telefon.
Bersempena tayangan filem cinta ‘Kau Yang Satu’ yang akan menemui penonton bermula 27 Julai lalu, Astro Gempak mengimbas semula beberapa kisah cinta yang menarik dan pernah menjadi tumpuan orang ramai di laman sosial.
Menyingkap cerita cinta yang pernah viral sekitar Februari 2017 di Indonesia, seorang jejaka berusia 28 tahun mula jatuh cinta dengan seorang nenek berusia 82 tahun.
Mereka mula berkenalan selepas nenek tersebut, Martha Potu secara tidak sengaja menghubungi Sofian Loho Dandel menerusi sebuah panggilan telefon.
"Martha secar tidak sengaja mendail nombor telefon saya. Dek kerana panggilan yang salah itu, kami mula berbual.
"Perbualan itu tidak tamat kerana selepas itu, kami saling berhubung tanpa saya sedari berapakan umur sebenar Martha. Kami mula jatuh cinta dan membuat keputusan untuk berjumpa," kata Sofian.
Terkejut dengan umur sebenar Martha yang 54 tahun lebih tua dari usianya, Sofian tetap meneruskan perhubungan mereka kerana masing-masing telah menyemai rasa cinta.
"Saya tak pernah bercinta. Ini merupakan cinta pertama saya. Kami saling mencintai antara satu sama lain dan mahu meneruskan hubungan ini.
"Walaupun pada awalnya kami mendapat tentangan hebat, akhirnya semuanya berjaya diselesaikan dan kami dapat berkahwin pada 18 Februari, selepas setahun usia perkenalan kami," katanya lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ‘Kau Yang Satu’ lakonan Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid dan Soo Wincci. Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi.
Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
Sumber: Kompas
#jatuh cinta #jejaka #laman sosial #nenek
;