Gara-gara putus hubungan, 50 ikan bekas kekasih dibunuh
Sinar Harian
September 9, 2019 00:22 MYT
September 9, 2019 00:22 MYT
Kira-kira 50 ekor ikan peliharaan menjadi mangsa 'amukan' seorang lelaki gara-gara hubungan cinta yang terputus.
Benjamin Avill berasal dari Bournemouth, Dorset, mengamuk apabila teman wanitanya, Jenny Daniels memutuskan hubungan cinta yang dibina selama 12 tahun.
Tanpa berfikir panjang, tukang kayu berusia 36 tahun itu menuang sebotol pelembut pakaian ke dalam akuarium besar yang menempatkan ikan peliharaan Daniels.
Avill mengaku bersalah menyebabkan 'penderitaan' terhadap haiwan di Mahkamah Majistret Poole selepas didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan oleh pihak RSPCA.
Susulan insiden terbabit Avill dijatuhi hukuman penjara 14 minggu dan dilarang memelihara sebarang haiwan selama 10 tahun.
Lelaki itu juga dikehendaki membayar denda selain melakukan kerja khidmat masyarakat dan menghadiri aktiviti rehabilitasi selama 20 hari. - Agensi
#Benjamin Avill
#Bournemouth
#bunuh ikan bekas kekasih
#Dorset
#hubungan cinta
#Jenny Daniels
#Putus Cinta
#putus hubungan