Gara-gara kena peras ugut, remaja bunuh diri minum racun

Agensi
Mei 21, 2019 11:45 MYT
Surat yang ditemukan keluarganya mendapati dia menerima ugutan seorang lelaki dan rakan-rakannya berhubung gambar mangsa yang telah disunting .- Gambar hiasan
Seorang remaja di Pakistan membunuh diri dengan meminum racun kerana menjadi mangsa peras ugut di media sosial.
Surat yang ditemukan keluarganya mendapati dia menerima ugutan seorang lelaki dan rakan-rakannya berhubung gambar mangsa yang telah disunting.
Mereka turut menerima bayaran 50,000 rupee (RM1,423) daripada mangsa yang tinggal di daerah Badin, wilayah Sindh.
Menurut polis, mereka kini sedang memburu kesemua suspek.
Geo TV melaporkan suspek telah menghantar gambar yang telah disunting kepada tunang remaja itu hingga menyebabkan pertunangan mereka putus.
Menurut data Yayasan Hak Digital (DRF) pada Mei 2017, 40 peratus wanita di Pakistan berdepan pelbagai bentuk gangguan di internet.
Islamabad telah menyaksikan lonjakan dalam penggunaan media sosial dengan lebih 40 juta pengguna Facebook ketika ini. - Agensi
#bunuh #bunuh diri #Facebook #lelaki #mangsa #Media #Pakistan #remaja #suspek #wanita
;